Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Selasa, 29 November 2011

Pemahaman


A. Baca petikan di bawah. Jawab soalan di bawah ini.  


           Seng Hau murid yang nakal. Dia sering didenda kerana melanggar peraturan sekolah. Guru disiplin sering menasihatinya agar berubah sikap. Namun begitu, Seng Hau masih tidak berubah sikap.



Pada suatu hari, Seng Hau berlari-lari di kantin. Oleh sebab sikapnya yang kurang sabar, dia terlanggar bangku. Dia terjatuh dan lututnya berdarah. Ahmad yang berada di tempat kejadian membawa Seng Hau ke bilik guru.



Cikgu Tey merawat luka Seng Hau. Kemudian, dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Seng Hau berjanji kepada dirinya sendiri untuk berubah sikap 



1. Apakah sikap buruk yang ada pada Seng Hau?
                A   nakal                       B   biadap                             C   cemburu           

           2. Mengapakah Seng Hau sering didenda oleh gurunya?
               A   kerana dia melanggar bangku
               B   kerana dia melanggar peraturan sekolah
               C   kerana dia sering memukul kawan-kawan
  
          3. Di manakah Seng Hau terjatuh?
              A   bilik guru                   B   bilih darjah                     C   kantin

          4. Siapakah yang membawa Seng Hau ke bilik guru?
              A   guru disiplin              B   Cikgu Tey                      C   Ahmad
                                                                   
         5. Ke manakah Seng Hau dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut?
              A   hospital                      B  kantin                              C   bilik darjah

   
B. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya. 




 
   

     Hari Kebangsaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Pelbagai acara dipersembahkan pada hari tersebut. Antaranya ialah perbarisan, pertunjukan payung terjun, dan kereta berhias.


Para pengunjung terpesona melihat pertunjukan itu. Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada hari tersebut. Beliau menyeru rakyat bersatu padu mempertahankan kedaulatan tanah air.
 

  1. Bilakah Hari Kebangsaan disambut ?
       Hari Kebangsaan disambut___________________________.

 2.  Apakah acara yang diadakan pada hari itu?
Acara yang diadakan pada hari tersebut ialah______________

________________________________________________.



3. Siapakah yang terpesona melihat pertunjukan itu?

________________________terpesona melihat pertunjukan itu.



4. Siapakah yang menyampaikan ucapan pada Hari Kebangsaan?

   _______________________menyampaikan ucapan pada Hari 

   Kebangsaan.



5. Perdana Menteri menyeru rakyat supaya________________

    _____________________________________________.


                                                                                       
 

Rabu, 23 November 2011

Kemahiran Membaca Dan Memahami

 Cerita

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

       Pada minggu yang lepas, Swee Ling mendapat sebuah komputer. Komputer itu dihadiahkan oleh ibunya pada hari lahirnya. Dia menjaga komputer itu dengan baik.

     Komputer itu terdiri daripada monitor, unit pemprosesan pusat, pengimbas, tetikus, papan kekunci dan pembesar suara. Swee Ling melukis, belajar bahasa dan membuat latihan menggunakan perisian yang terdapat di dalam komputer.

     Komputer itu juga dilengkapi dengan internet. Dia boleh menghantar e-mel kepada kawan-kawannya. Swee Ling tidak perlu lagi mengirim surat melalui pos. Kawan-kawannya akan menerima e-mel itu dengan mudah dan cepat.


1. Apakah hadiah yang diterima oleh Swee Ling sempena hari lahirnya ?

2. Siapakah yang memberikan hadiah itu kepada Swee Ling ?


3. Hadiah yangditerima oleh Swee Ling dapat digunakan untuk____________.

4. Mengapakah Swee Ling tidak perlu lagi mengirim surat kepada kawan-kawannya ?




Isnin, 21 November 2011

Ujian Bahasa Malaysia Tahun 1

  BAHASA MELAYU 
PEMAHAMAN TAHUN 1


NAMA:_________________________                   MARKAH:_______%
KELAS:_______________                                     

Tuliskan suku kata bagi perkataan-perkataan diberi.
Contoh:
           buku    ~     bu    +    ku

1.  botol         ~   _________ + ________
 
2.  kepala       ~  _________+  ________ + _________

3.  harimau     ~  _________ +_________ + _________

4.  jambatan   ~  _________ + ________ + _________

5.  nyamuk     ~  _________  + _________

Pilih jawapan yang betul.

1. Kakak memakai ________ pada hari hujan.
A     payung                               C     bunga
B     basikal                               D     lembu

2. Murid-murid sedang beratur di dalam ___________ .
A     payung                               C     bunga
B     basikal                               D     dewan

3. Duri _______ sangat tajam.
A     durian                                C     bunga
B     basikal                               D     dewan

4. Adik saya hendak membeli kasut berjenama ________.
A     Kuala Lumpur                   C      bunga
B     Nike                                  D     lembu

5. Encik Lim doktor gigi. ________ bertugas di Hospital Universiti.
A     Kita                                    C      Beliau
B     Mereka                              D      Kami

6. “Ibu, hari ini ________ pulang lewat kerana ada latihan sukan di  
     sekolah,” kata Ali dan Ahmad.
A     kami                                  C      mereka
B     dia                                     D      kita

7. Abang ________ suka bermain layang-layang pada waktu petang.
A     saya                                  C      kita
B     Mereka                              D     kami

8. Hock Seng sangat malas belajar. ________juga selalu ponteng   
    sekolah.
A     Dia                                     C      Kami
B     Mereka                              D      Kita

9. Bapa __________ kereta.
A     membasuh                          C     membeli
B     berenang                            D     memasuk

10. Emak sedang ________ pinggan mangkuk di dalam dapur.
A     memasuk                           C     melompat
B     mencuci                             D     menaip

11. Puan Siti sedang _______ surat di pejabat.
A     memasak                           C     menaip
B     mencuci                             D     melompat

12. Kakak sedang ___________ baju yang telah koyak.
A     menjahit                             C     menaip
B     melompat                           D     berenang

13. Bunga Ros itu sungguh _______ baunya.
A     rajin                                     C      harum
B     busuk                                  D      sedih

14. Murid itu gagal dalam peperiksaan kerana __________ belajar.
A     laju                                      C     malas
B     cantik                                  D     sedih

15. Abang membeli sebuah kereta baru yang berwarna __________.
A     biru                                     C      bangga
B     cantik                                 D      rajin

16. Wei Jia _______ Jia Wei sedang bermain badminton
      di halaman rumah.
A    atau                                    C    kerana
B    dan                                     D    jika

17. Siti sedang __________ lantai
A     menggoreng                       C      membeli
B     berenang                            D     menyapu

18. Baju kurung yang baru dibeli ibu itu sangat ________ .
A     cantik                               C      busuk
B     takut                                 D     rajin

19. Hui Ming tidak dapat hadir ke sekolah ________ sakit
      perutnya.
A    jika                                    C    dan
B    supaya                              D    kerana

20. Kakak Fati membaca buku cerita ___________
      mendengar radio.
A    supaya                               C    tetapi
B    jika                                     D    sambil