Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Rabu, 2 November 2011

Tatabahasa - Kata Ganti Nama Diri


Kata Ganti Nama Diri
  • Perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang. 
Contoh :

Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada tiga jenis , iaitu :

1. Kata Ganti Nama Diri pertama :
    - digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang 
    bercakap
    - contoh : aku , saya , kami , kita , beta , hamba , patik 
   - ayat contoh :
  • Ini almari saya.
  • Kami akan melawat Menara Kuala Lumpur.
  • Kita bertolak pada pukul 3.00 petang.

2. Kata Ganti Nama Diri kedua :
    - digunakan untuk menggantikan nama orang yang diajak 
    bercakap
    - contoh : kama , engkau , awak , anda , tuanku , 
              saudari,  saudara , kalian , mak cik , 
              pak cik , tuan , puan
    - ayat contoh :
  • Awak tinggal di mana ? 
  • Mengapakah engkau tidak menghadiri majlis itu ?
  • Itu almari kamu.
3. Kata Ganti Nama Diri ketiga :
    - digunakan untuk menggantikan nama orang yang 
    diperkatakan.
    - contoh : dia , mereka , beliau , baginda , -nya
    - ayat contoh :
  • Ali deman. Dia tidak akan pergi ke sekolah.
  • Mereka ingin pergi ke rumah Seng Hook.
  • Sultan Johor sedang bersiap. Baginda akan berangkat ke negeri Melaka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan