Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Rabu, 9 November 2011

Cerita - Buaya Yang Tidak Mengenang Jasa

 Buaya yang tidak mengenang jasa

     Sang Kerbau berasa haus. Dia pergi ke tepi sungai untuk minum air. Tiba-tiba dia ternampak suatu benda bergerak-gerak di bawah sebatang kayu.

     " Aduh, sakitnya badanku ini!" Kerbau, tolonglah alihkan kayu ini," kata satu suara. Rupa-rupanya Sang Buaya telah dihempap kayu. Sang Kerbau berasa kasihan. " Baiklah Sang Buaya," kata Sang Kerbau. Selepas Sang Kerbau menolongnya, Sang Buaya pun menggigit kaki Sang Kerbau. Sang Kerbau menjerit kerana kesakitan.

     Tidak lama kemudian, Sang Kancil pun tiba. " Mengapa kamu terjerit-jerit, kerbau?" tanya Sang Kancil. Sang Kerbau menceritakan perkara yang berlaku. " Aku tak percaya bahawa kaudapat mengangkat kayu itu. Cuba kautunjukkan kepada aku," kata Sang Kancil. Sang Kerbau pun mengangkat kayu itu lalu meletakkannya di atas badan Sang Buaya semula. Apabila Sang Kerbau hendak menunjukkan kepada Sang Kancil bagaimana dia mengangkat kayu itu, Sang Kancil melarangnya.

     " Sudah! Mari kita tinggalkan Sang Buaya," kata Sang Kancil.

     Sang Buaya menangis meminta tolong tetapi Sang Kancil mengajak Sang Kerbau pergi dari situ. Mereka meninggalkan Sang Buaya yang tidak mengenang jasa itu. 


Soalan Perbincangan :
  1. Mengapakah Sang Buaya menggigit kaki Sang Kerbau?
  2. Pada pendapat kamu, bagaimanakah Sang Kerbau mengangkat kayu yang berat itu?
  3. Apakah helah Sang Kancil untuk menyelamatkan Sang Kerbau daripada Sang Buaya?
  4. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada cerita ini?
  5. Pada pendapat kamu, apakah kerugian yang dialami oleh Sang Buaya kerana bersikap seperti yang digambarkan dalam cerita di atas?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan