Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Selasa, 8 November 2011

Tatabahasa - Kata Hubung

 Kata Hubung

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata hubung yang diberi.

atau           dan             tetapi            kerana           sambil

  1. Kamu ingin makan mi bandung _________nasi goreng?
  2. John bersenam _______mendengar lagu.
  3. Kasut itu cantik _________mahal.
  4. Mui Ching boleh menyanyi ________ menari.
  5. Jin May menangis  ________ kucing kesayangannya telah mati.
  6. Lee Ling lewat ke sekolah ________ kereta bapanya rosak.
  7. Bilik itu kecil ________ kemas.
  8. Tiang lampu itu bengkok________dilanggar oleh kereta semalam.
  9. Julie ______ Cindy suka membaca buku cerita.
  10. Kamu suka minum teh ______ kopi?
  11. Sherry duduk di buaian _______ membaca novel.
  12. Ah Meng rajin belajar ________ masih mendapat markah yang rendah.
  13. Misya terbaring di katil _________demam.
  14. Ayah ________ abang sedang mencuci longkang.
  15. Murid itu gemuk ________ kuat berlari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan