Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Rabu, 23 November 2011

Kemahiran Membaca Dan Memahami

 Cerita

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

       Pada minggu yang lepas, Swee Ling mendapat sebuah komputer. Komputer itu dihadiahkan oleh ibunya pada hari lahirnya. Dia menjaga komputer itu dengan baik.

     Komputer itu terdiri daripada monitor, unit pemprosesan pusat, pengimbas, tetikus, papan kekunci dan pembesar suara. Swee Ling melukis, belajar bahasa dan membuat latihan menggunakan perisian yang terdapat di dalam komputer.

     Komputer itu juga dilengkapi dengan internet. Dia boleh menghantar e-mel kepada kawan-kawannya. Swee Ling tidak perlu lagi mengirim surat melalui pos. Kawan-kawannya akan menerima e-mel itu dengan mudah dan cepat.


1. Apakah hadiah yang diterima oleh Swee Ling sempena hari lahirnya ?

2. Siapakah yang memberikan hadiah itu kepada Swee Ling ?


3. Hadiah yangditerima oleh Swee Ling dapat digunakan untuk____________.

4. Mengapakah Swee Ling tidak perlu lagi mengirim surat kepada kawan-kawannya ?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan