Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Jumaat, 4 November 2011

Pantun teka-teki


Pantun teka-teki

1. Siang tidur malam berjaga,
          Menerangi manusia dalam kegelapan,
    Sangat berjasa kepada manusia,
          Siapakah aku wahai kawan?


Jawapan : ________




2. Berkelip-kelip bukannya kunang-kunang,
        Menjadi petunjuk buat pedagang,
    Bilanganku banyak tidak terbilang,
        Siapakah aku cubalah bilang?


Jawapan : __________


 3. Cahayaku terang panas sekali,
       Dapat mengeringkan baju di ampaian,
     Kalau tuan bijak bestari,
       Siapakah aku wahai kawan?


Jawapan : __________





Tiada ulasan:

Catat Ulasan