Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Jumaat, 9 Disember 2011

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI B5DL1E1


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
 BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Nama : ___________________                                  Tarikh:__________
Kelas : 1 _________
Arahan:  Mari bercerita.
        Cuti sekolah yang lalu, Kamal bersama keluarganya telah berkelah di Desaru.  Sebelum bertolak, ibunya Puan Rohani menyediakan bekalan makanan yang hendak dibawa.  Ayahnya, Encik Roslan memeriksa kereta supaya berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu.
        Suasana di tepi pantai sungguh indah dan nyaman.  Selepas makan, Kumar dan abangnya mandi di tepi pantai itu.  Kamal berasa seronok dapat mandi di kawasan pantai yang bersih.  Ibu dan ayahnya tersenyum gembira melihat Kamal dan abangnya.
        Apabila petang, mereka pun pulang ke rumah. Kamal berasa puas dan mengajak ayah dan ibunya datang lagi pada cuti sekolah nanti.
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran
1. Murid melihat gambar dan berbincang tentang gambar.
2.Guru menyampaikan cerita berdasarkan teks
3. Minta murid menyampaikan semula cerita yang didengar dengan tepat menggunakan ayat sendiri.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI B4 DL2 E1


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama : ___________________                                  Tarikh:__________
Kelas : 1 _________

Mari baca dan ceritakan.


Berkelah di Pantai  Teluk Kemang.

Hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga berkelah di Pantai
Teluk Kemang, Port Dickson. Kami membawa bekalan makanan
dan minuman ke sana.
   Kami juga membawa pakaian mandi dan pelampung. Selain
itu, saya juga membawa buku bacaan. Adik saya pula membawa
barang mainan.
   Air laut yang membiru dan pohon yang menghijau    
sangat cantik dipandang. Di sana, kami mandi-manda. Sungguh
seronok berkelah di sana. Semua ini menjadi kenangan indah buat
saya.
Langkah Pentaksiran:
     1.    Murid baca petikan.
     2.    Bersoal jawab tentang teks.
     3.    Murid diminta  menyampaikan cerita berdasarkan pengalaman sendiri.
Contoh: pengalaman murid pergi berkelah.


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI B4 DL1 E3


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

ARAHAN : Mari Berlakon. 
                                                            
                                                    Sama-sama hebat

Mawar                       :  Matahari, lihatlah badanku yang merah.
                                       Taman ini tidak akan cantik tanpa aku.

Matahari                  :  Jangan terlalu angkuh, Mawar. Aku hebat
                                       Seperti kamu juga. Badan aku cantik juga.

Mawar                       :  Badan kamu memang cantik, Matahari.
                                       Kamu tidak boleh melawan bauku yang harum.

Matahari                  :  Cuba kamu lihat badanku yang besar dan    
                                       kelopakku yang kuning ini. Aku kelihatan amat
                                       berseri di taman ini.

Kupu-kupu              :  Mawar, Matahari, jangan bergaduh. Kamu
                                       berdua memang cantik. Taman ini telah menang
                                       dalam pertandingan taman tercantik kerana kamu
                                       berdua.


Langkah Pentaksiran:
     1.    Murid baca dialog.
     2.    Murid diminta  melakonkan semula dialog di hadapan kelas.
     3.    Guru boleh menyuruh murid memegang gambar atau bahan maujud semasa lakonan dijalankan.


          

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI B4 DL1 E1

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama : ___________________                                  Tarikh:__________
Kelas : 1 _________

ARAHAN: Bina dialog berdasarkan gambar.
Situasi 1

Situasi 2


Langkah Pentaksiran:

       1.   Guru  menunjukkan gambar
      2.   Dua orang murid dipilih untuk menuturkan dialog berdasarkan gambar.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI B3 DB 1E1

   INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
   BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Nama : ___________________                                  Tarikh:__________
Kelas : 1 _________

ARAHAN : Baca ayat tunggal dan ayat majmuk di bawah dengan sebutan dan       intonasi yang betul.
1.      Nabilah dan rakan-rakannya beratur di padang sekolah.

2.      Mereka melakukan senaman bersama-sama.

3.      Mereka mengambil alatan seperti bola dan gelung rotan.

4.      Nabilah mengambil bola lalu membalingnya dengan berhati-hati kepada Firdaus.

5.      Nabilah berasa gembira kerana dapat bermain bersama-sama kawannya

LANGKAH PENTAKSIRAN:
1. Guru minta murid membaca ayat tunggal dan majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pertandingan Ujian BM


Pertandingan Ujian Bertulis
Bahasa Melayu


            Setiap hari, Alice mendapat wang saku sebanyak RM 1.00 daripada 
ibunya. Walau bagaimanapun, Alice tidak membelanjakan wang itu. Pada masa 
rehat, Alice makan bekalan yang dibawanya.

        Alice menyimpan wang itu di dalam tabung. Lama-kelamaan, tabung Alice 
pun penuh. Ibu mengajak Alice pergi ke bank untuk membuka akaun simpanan. 
Kemudian, Alice menyimpan semua wang tabungnya di bank. Alice 
sentiasa berjimat cermat ketika
berbelanja. Dia hanya membeli barang yang perlu sahaja.
 
                                            
1. Berapakah wang saku yang diperoleh Alice pada setiap hari?
A.  RM 1.00
B.  RM 2.00
C.  RM 3.00
D.  RM 4.00

2. Pada masa rehat, Alice
A.  membeli makanan di kantin.
B.  makan makanan yang dibelinya.
C.  makan bekalan yang dibawanya.
D.  makan makanan di kelas.
3. Dimanakah Alice menyimpan wang sakunya?
A.  Di dalam almari
B.  Di dalam tabung
C.  Di dalam bank
D.  Di dalam meja

4. Mengapakah ibu mengajak Alice pergi ke bank?
A.  Untuk melawat bank
B.  Untuk mengeluarkan wang
C.  Untuk membuka akaun simpanan
D.  Untuk membeli barang

5. Alice sentiasa ___________ketika berbelanja.
A.  boros
B.  sabar
C.  baik
D.  berjimat cermat



Pada masa kini, hampir setiap rumah mempunyai komputer. Komputer sangat penting kepada kita. Komputer mempunyai banyak kegunaan.
Komputer boleh digunakan untuk menaip, menghantar maklumat  dan mencari maklumat. Kita boleh mendapatkan maklumat dengan melayari internet. Selain itu, kita juga boleh menghantar maklumat kepada orang lain melalui e-mel. Dengan menggunakan komputer, kerja-kerja menaip dapat disiapkan dengan lebih cepat, tepat dan bersih.
Bagi murid-murid sekolah pula, mereka boleh menggunakan komputer untuk membantu mereka dalam pelajaran. Pengajaran menggunakan komputer adalah lebih berkesan.







6. Bagaimanakah kita boleh mencari maklumat dengan 
menggunakan komputer?
A.    Menghantar e-mel
B.     Melayari internet
C.     Menaip surat
D.    Menghantar maklumat


7. Antara aktiviti di bawah, yang manakah bukan kegunaan 
komputer?
A.    Menaip
B.     Memasak
C.     Mencari maklumat
D.    Menghantar maklumat

8. Apakah kelebihan menaip dengan menggunakan komputer?
A.  Cepat, tepat dan bersih
B.  Cepat, bersih dan cekap
C.  Amanah, bersih dan cepat
D.  Bersih, cekap dan amanah

9. Kita boleh menghantar maklumat melalui
A.  televisyen
B.  e-mel
C.  e-kad
D.  radio

10. Bagaimanakah kesan pengajaran dengan menggunakan   
      komputer?
A.  Lebih tepat
B.  Lebih amanah
C.  Lebih berkesan
D.  Lebih cantik


11. Kakak memakai ________ pada hari hujan.
A     payung                               C      bunga
B     basikal                               D     lembu

12. Murid-murid sedang beratur di dalam ___________ .
A     payung                               C      bunga
B     basikal                               D     dewan

13. Duri _______ sangat tajam.
A     durian                                C     bunga
B     basikal                               D     dewan

14. Adik saya hendak membeli kasut berjenama _________ .
A     Kuala Lumpur                     C      bunga
B     Nike                                  D     lembu

15. Encik Lim doktor gigi. ________ bertugas di Hospital  
     Universiti.
A     Kita                                   C      Beliau
B     Mereka                              D      Kami

16. “Ibu, hari ini ________ pulang lewat kerana ada latihan sukan  
     di sekolah,” kata Ali dan Ahmad.
A     kami                                  C      mereka
B     dia                                     D      kita

17. Abang ________ suka bermain layang-layang pada waktu  
      petang.
A     saya                                  C      kita
B     Mereka                              D     kami

18. Hock Seng sangat malas belajar. ________juga selalu ponteng   
     sekolah.
A     Dia                                    C      Kami
B     Mereka                              D      Kita

19. Bapa __________ kereta.
A     membasuh                           C      membeli
B     berenang                            D     memasuk

20. Emak sedang ________ pinggan mangkuk di dalam dapur.
A     memasuk                            C      melompat
B     mencuci                             D     menaip

21. Puan Siti sedang _______ surat di pejabat.
A     memasak                            C      menaip
B     mencuci                             D     melompat

22. Kakak sedang ___________ baju yang telah koyak.
A     menjahit                            C      menaip
B     melompat                           D     berenang

23. Bunga Ros itu sungguh _______ baunya.
A     rajin                                   C      harum
B     busuk                                  D      sedih

24. Murid itu gagal dalam peperiksaan kerana __________ belajar.
A     laju                                   C      malas
B     cantik                                D     sedih

25. Abang membeli sebuah kereta baru yang berwarna _____________ .
A     biru                                   C      bangga
B     cantik                                D      rajin

26. Wei Jia _______ Jia Wei sedang bermain badminton
      di halaman rumah.
A    atau                                   C    kerana
B    dan                                     D    jika

27. Siti sedang __________ lantai
A     menggoreng                       C      membeli
B     berenang                            D     menyapu

28. Baju kurung yang baru dibeli ibu itu sangat ________ .
A     cantik                                C      busuk
B     takut                                 D     rajin

29. Hui Ming tidak dapat hadir ke sekolah ________ sakit
      perutnya.
A    jika                                    C    dan
B    supaya                               D    kerana

30. Kakak Fati membaca buku cerita ___________
      mendengar radio.
A    supaya                                 C    tetapi
B    jika                                     D    sambil

31. ____________ hobi kamu pada masa lapang ?
 A    Di manakah                        C    Apakah
 B    Mengapakah                       D    Siapakah

32. Di__________ letaknya Menara Berkembar Petronas ?
A    manakah                             C    bagaimanakah
B    mengapakah                         D    berapakah
33. ____________ jumlah guli yang telah terkumpul ?
A    Di manakah                         C    Bagaimanakah
B    Mengapakah                        D    Berapakah

34. Kami berehat di ___________ pokok.
A    bawah                                 C    dalam
B    atas                                    D    luar

35. Encik Ramli berjoging di ________ pantai.
A    bawah                                 C    atas
B    belakang                              D    tepi

36. Guru Besar sedang berucap di _________ pentas.
A    bawah                                C    dalam
B    atas                                   D    hadapan

37. Ibu Siew Ling sedang mencuci ________ di dapur.
A   pinggan                                C  kain
B   kereta                                 D  kertas

38. Abang dan saya menaiki ________ ke pasar.
A  bas                                       C  bot
B  sampan                                 D  kereta api

39. Roslina memasukkan duit syiling ke dalam _________.
A  tabung                                  C  tong sampah
B mangkuk                                 D  baldi

40. Monyet itu pamdai __________pokok.
A  menternak                            C  memanjat
B  melawat                                D  berkhidmat

41. Abang sulung saya _________di Syarikat Pembinaan Nasional.
A  melancong                             C  memanjat
B  berkhidmat                           D  berlumba

42. Encik Faisal membawa murid-murid ___________ke Taman Bunga.
A melawat                                  C  mengelap
B memakan                                 D melarang

43. Nenek _________lapan ekor ayam di reban.
A menderma                              C merawat
B menternak                              D memetik

44. Kami_________akan bercuti di Pulau Pangkor
A sekeluarga                             C ketua
B dibuat                                    D  dijaga

45.Jo Rim ialah _________kelas kami.
A kawan                                    C ketua
B sepupu                                   D sepanjang

46. Ikan goreng itu telah _______oleh Si Comel.
A disikat                                   C dibuat
B dilukis                                    D dimakan

47.Joshua membawa __________semasa melawat Anuar di hospital.
A buah tangan                           C buruk siku
B panjang tangan                       D sagu hati

48.Budak yang ___________itu selalu mendapat tempat pertama dalam keluarga.
A otak udang                             C  otak cair
B bermandi peluh                       D  besar hati

49.Orang kaya yang _______itu selalu membantu orang miskin.
A panas hati                              C kecil hati
B murah hati                             D sakit hati

50.Anak yang disayangi ibu bapa
A anak emas                              C  anak kandung
B  anak tiri                                D  anak saudara