A. Baca petikan di bawah.
Jawab soalan di bawah ini.
Seng Hau murid
yang nakal. Dia sering didenda kerana melanggar peraturan sekolah. Guru
disiplin sering menasihatinya agar berubah sikap. Namun begitu, Seng Hau masih
tidak berubah sikap.
Pada
suatu hari, Seng Hau berlari-lari di kantin. Oleh sebab sikapnya yang kurang
sabar, dia terlanggar bangku. Dia terjatuh dan lututnya berdarah. Ahmad yang
berada di tempat kejadian membawa Seng Hau ke bilik guru.
Cikgu
Tey merawat luka Seng Hau. Kemudian, dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan
rawatan lanjut. Seng Hau berjanji kepada dirinya sendiri untuk berubah sikap
1.
Apakah sikap buruk yang ada pada Seng Hau?
A
nakal B
biadap C
cemburu
2.
Mengapakah Seng Hau sering didenda oleh gurunya?
A
kerana dia melanggar bangku
B
kerana dia melanggar peraturan sekolah
C
kerana dia sering memukul kawan-kawan
3.
Di manakah Seng Hau terjatuh?
A
bilik guru B bilih darjah C kantin
4.
Siapakah yang membawa Seng Hau ke bilik guru?
A
guru disiplin B Cikgu Tey C Ahmad
5.
Ke manakah Seng Hau dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut?
A
hospital B kantin C bilik darjah
B. Baca petikan di bawah
dan jawab soalan berikutnya.
Hari Kebangsaan disambut pada 31 Ogos setiap
tahun. Pelbagai acara dipersembahkan pada hari tersebut. Antaranya ialah
perbarisan, pertunjukan payung terjun, dan kereta berhias.
Para pengunjung terpesona
melihat pertunjukan itu. Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada hari
tersebut. Beliau menyeru rakyat bersatu padu mempertahankan kedaulatan tanah
air.
|
1. Bilakah Hari Kebangsaan
disambut ?
Hari Kebangsaan disambut___________________________.
2. Apakah acara yang
diadakan pada hari itu?
Acara
yang diadakan pada hari tersebut ialah______________
________________________________________________.
3. Siapakah yang terpesona
melihat pertunjukan itu?
________________________terpesona
melihat pertunjukan itu.
4. Siapakah yang
menyampaikan ucapan pada Hari Kebangsaan?
_______________________menyampaikan ucapan
pada Hari
Kebangsaan.
5. Perdana Menteri menyeru
rakyat supaya________________
_____________________________________________.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan