Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Khamis, 3 November 2011

Tatabahasa - Kata Adjektif

Kata Adjektif
  • Digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
  • Kata adjektif dapat disertai kata penguat seperti sangat, amat, paling, sungguh dan sebagainya.
  • Kata adjektif dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti berikut :
1. Kata adjektif sifat / keadaan.
  *  kurus
   * gemuk
   * tua
   * cerdas
   * pandai
   * kencang
   * malas
   * lama
   * segar
 

2. Kata adjektif warna

  • ungu
  • biru
  • merah
  • jambu
  • putih
  • kelabu
  • oren

3. Kata adjektif ukuran
                                   
* panjang
* pendek
* cetek
* dalam
* nipis
* tebal
* lebar


4. Kata adjektif bentuk

  • bulat
  • segi empat
  • bujur
  • kon
  • segi tiga
  • sfera
  • leper
  • bengkok

5. Kata adjektif pancaindera ( rasa, pandang )

* kacak
* tampan
* hodoh
* comel
* lawa
* kemas
* cantik
* pahit
* masin




Contoh ayat :
  1. Budak perempuan yang  comel itu adik Siti.
  2. Bangunan Wisma Dida itu sangat tinggi.
  3. Bumi kita berbentuk sfera.
  4. Baju kakak berwarna biru.
  5. Kucing itu sungguh jinak.
  6. Buku itu tebal.
  7. Buah mangga muda itu rasanya sungguh masam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan