Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Jumaat, 9 Disember 2011

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI B5DL1E1


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
 BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Nama : ___________________                                  Tarikh:__________
Kelas : 1 _________
Arahan:  Mari bercerita.
        Cuti sekolah yang lalu, Kamal bersama keluarganya telah berkelah di Desaru.  Sebelum bertolak, ibunya Puan Rohani menyediakan bekalan makanan yang hendak dibawa.  Ayahnya, Encik Roslan memeriksa kereta supaya berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu.
        Suasana di tepi pantai sungguh indah dan nyaman.  Selepas makan, Kumar dan abangnya mandi di tepi pantai itu.  Kamal berasa seronok dapat mandi di kawasan pantai yang bersih.  Ibu dan ayahnya tersenyum gembira melihat Kamal dan abangnya.
        Apabila petang, mereka pun pulang ke rumah. Kamal berasa puas dan mengajak ayah dan ibunya datang lagi pada cuti sekolah nanti.
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran
1. Murid melihat gambar dan berbincang tentang gambar.
2.Guru menyampaikan cerita berdasarkan teks
3. Minta murid menyampaikan semula cerita yang didengar dengan tepat menggunakan ayat sendiri.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI B4 DL2 E1


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama : ___________________                                  Tarikh:__________
Kelas : 1 _________

Mari baca dan ceritakan.


Berkelah di Pantai  Teluk Kemang.

Hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga berkelah di Pantai
Teluk Kemang, Port Dickson. Kami membawa bekalan makanan
dan minuman ke sana.
   Kami juga membawa pakaian mandi dan pelampung. Selain
itu, saya juga membawa buku bacaan. Adik saya pula membawa
barang mainan.
   Air laut yang membiru dan pohon yang menghijau    
sangat cantik dipandang. Di sana, kami mandi-manda. Sungguh
seronok berkelah di sana. Semua ini menjadi kenangan indah buat
saya.
Langkah Pentaksiran:
     1.    Murid baca petikan.
     2.    Bersoal jawab tentang teks.
     3.    Murid diminta  menyampaikan cerita berdasarkan pengalaman sendiri.
Contoh: pengalaman murid pergi berkelah.


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI B4 DL1 E3


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

ARAHAN : Mari Berlakon. 
                                                            
                                                    Sama-sama hebat

Mawar                       :  Matahari, lihatlah badanku yang merah.
                                       Taman ini tidak akan cantik tanpa aku.

Matahari                  :  Jangan terlalu angkuh, Mawar. Aku hebat
                                       Seperti kamu juga. Badan aku cantik juga.

Mawar                       :  Badan kamu memang cantik, Matahari.
                                       Kamu tidak boleh melawan bauku yang harum.

Matahari                  :  Cuba kamu lihat badanku yang besar dan    
                                       kelopakku yang kuning ini. Aku kelihatan amat
                                       berseri di taman ini.

Kupu-kupu              :  Mawar, Matahari, jangan bergaduh. Kamu
                                       berdua memang cantik. Taman ini telah menang
                                       dalam pertandingan taman tercantik kerana kamu
                                       berdua.


Langkah Pentaksiran:
     1.    Murid baca dialog.
     2.    Murid diminta  melakonkan semula dialog di hadapan kelas.
     3.    Guru boleh menyuruh murid memegang gambar atau bahan maujud semasa lakonan dijalankan.