Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Rabu, 7 Disember 2011

Latihan



A. Isi tempat kosong dengan perkataan di beri.

gembira
gasing
permainan
padang
layang-layang
pandai
kayu
cuti
congkak
menyeronokkan

        Pada ____________ persekolahan yang lalu, saya telah pulang ke kampung datuk. Semasa berada di kampung datuk, saya bermain berbagai-bagai jenis _________ tradisional.

        Saya dan sepupu saya telah bermain layang-layang di ___________. Sepupu saya ___________ membuat layang-layang. Dia membuat ___________ untuk saya.

        Kami juga bermain ___________. Gasing diperbuat daripada ____________ yang keras. Walaupun tidak pandai bermain, saya tetap berasa ____________ dapat mencuba permainan itu.

        Selain itu, sepupu saya juga mengajar saya bermain ___________, guli, dan konda-kondi. Semua permainan itu sungguh _____________.

B. Susun semula perkataan untuk membentuk ayat yang betul.

1.  menyanyikan    /    Pemain kompang    /    memalu     /   lagu    /     
kompang   /   sambil

_______________________________________________________________________________

2.  mendapat   /  yang   /  Para   /  pemenang   /  hadiah   /  menarik
________________________________________________


3.  menjaga   /   Rakyat Malaysia   /   harus    /    keamanan  /   
                bersama-sama
_________________________________________________


4. Rashid Sidek    /    yang  /   handal  /  pemain badminton   /  adalah

___________________________________________________

5.  di    /  batu seremban   /   Mereka   /   bermain  /   rumah  /      
    nenek
_________________________________________________


6. Jalur Gemilang  /  Nama   /   negara   / bendera  /  kita /  ialah  
_________________________________________________                     



C. Masukkan huruf besar dan tanda baca yang betul dalam ayat-ayat di bawah.


1.  hafiz hashim ialah pemain badminton negara kita
___________________________________________________



2. ahmad terbaca iklan tentang larian muhibah dalam surat khabar
_________________________________________________



3. dato’ sagor berani melawan penjajah inggeris

___________________________________________________

4. perdana menteri mengisytiharkan nama baharu bendera malaysia


__________________________________________________________________

5. apakah aktiviti yang diadakan di sekolah zaki

_______________________________________________________




Tiada ulasan:

Catat Ulasan