Kata Kerja
Kata kerja menyatakan perbuatan.
Kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama,
iaitu:
i) Kata kerja transitif
ii) Kata kerja tak transitif
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama
untuk melengkapkan maksudnya
Subjek | Kata Kerja Transitif | Objek |
1. Ibu | memasak | kari ayam |
2. Ahmad | menendang | bola |
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Subjek | Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap | Pelengkap |
1. Mereka | bermain bola | di padang |
2. Azli | tinggal | di Pahang |
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang
boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut.Subjek | Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap | Keterangan |
1. Mereka | makan | di Restoran Sahur |
2. Dia | membeli-belah | di Singapura |
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya,
yang disebut objek
Contoh:
1. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.
Contoh:
1. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.
Kata Kerja Tak
Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya.
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya.
kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap
i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh:
1. Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2. Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.
1. Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2. Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.
Kata Kerja Tak
Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1. Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1. Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan