INSTRUMEN PENTAKSIRAN
STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
ARAHAN : Mari
Berlakon.
Sama-sama hebat
Mawar : Matahari, lihatlah badanku yang merah.
Taman ini tidak akan cantik tanpa aku.
Matahari : Jangan terlalu angkuh, Mawar. Aku hebat
Seperti kamu juga. Badan aku cantik juga.
Mawar : Badan kamu memang cantik, Matahari.
Kamu tidak boleh melawan bauku yang harum.
Matahari : Cuba kamu lihat badanku yang besar dan
kelopakku yang kuning ini. Aku kelihatan
amat
berseri di taman ini.
Kupu-kupu :
Mawar, Matahari, jangan bergaduh. Kamu
berdua memang cantik. Taman ini telah menang
dalam pertandingan taman tercantik kerana
kamu
berdua.
Langkah
Pentaksiran:
1. Murid
baca dialog.
2. Murid
diminta melakonkan semula dialog di
hadapan kelas.
3. Guru
boleh menyuruh murid memegang gambar atau bahan maujud semasa lakonan
dijalankan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan