INSTRUMEN
PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Nama : ___________________ Tarikh:__________
Kelas : 1 _________
Arahan: Mari bercerita.
Cuti sekolah yang lalu, Kamal bersama
keluarganya telah berkelah di Desaru.
Sebelum bertolak, ibunya Puan Rohani menyediakan bekalan makanan yang
hendak dibawa. Ayahnya, Encik Roslan
memeriksa kereta supaya berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu.
Suasana di tepi pantai sungguh indah
dan nyaman. Selepas makan, Kumar dan
abangnya mandi di tepi pantai itu. Kamal
berasa seronok dapat mandi di kawasan pantai yang bersih. Ibu dan ayahnya tersenyum gembira melihat
Kamal dan abangnya.
Apabila petang, mereka pun pulang ke
rumah. Kamal berasa puas dan mengajak ayah dan ibunya datang lagi pada cuti
sekolah nanti.
Panduan
Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran
1. Murid melihat gambar dan
berbincang tentang gambar.
2.Guru menyampaikan cerita
berdasarkan teks
3. Minta murid menyampaikan
semula cerita yang didengar dengan tepat menggunakan ayat sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan