Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Khamis, 20 Oktober 2011

Teknik Menulis Karangan - Tahun 3


Teknik menulis karangan - Tahun 3
1. Isi hendaklah dihuraikan
2. 20 - 30 isi / ayat sahaja
3. Ayat yang panjang tidak digalakkan

Peringatan
1. Memadai hanya menulis ayat pendek
2. 1 ayat bermakna 1 isi.


Keluarga saya  
       Tiap-tiap orang mempunyai keluarga masing-masing. Saya pun begitu juga. Keluarga saya terdiri daripada enam orang. Mereka ialah ayah, ibu dan empat orang adik-beradik saya.

       Ayah saya ialah seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah di Johor Bahru. Badan ayah kurus tetapi sihat dan kuat. Kami sangat hormat kepada ayah kerana dia selalu menasihati supaya rajin belajar agar besar nanti menjadi anak yang berguna.
       Ibu berbadan gemuk. Ibu saya ialah suri rumahtangga. Dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adik saya. Pagi-pagi lagi, ibu sudah bangun untuk menyediakan sarapan kami.
        Di antara adik perempuan saya, tiga orang telah bersekolah dan seorang masih  kecil lagi. Tiap-tiap pagi,kami pergi sekolah dengan menaiki kereta ayah dan petangnya ayah akan mengambil kami pulang dari sekolah.

       Pada hari cuti, ayah selalu membawa kami pergi makan angin di luar bandar.Walaupun ahli keluarga kami ramai, kami sentiasa gembira dan hidup dalam keadaan aman dan bahagia.







2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. datang dengan harapan....pulang dengan kejayaan......di mana ada kemahuan di situ ada jalan!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam