Salam 1 Malaysia, Harap semua sihat sejahtera. Tujuan saya membina blog ini ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan Bahasa Malaysia kepada murid-murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan-rakan. Murid-murid juga boleh mendapatkan latihan yang mudah melalui sini.

Isnin, 24 Oktober 2011

Tatabahasa - Kata Tanya



 
Tatabahasa - Kata Tanya 
  • Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat tanya.
  • Kata tanya biasanya diikuti dengan partikel " kah"
  • Tanda tanya " ? " diletakkan di hujung ayat. 

Siapa                = digunakan untuk menanyakan orang
Apa                    = digunakan untuk menanyakan benda
Mengapa    = digunakan untuk menanyakan sebab / alasan
Berapa            = digunakan untuk menanyakan jumlah / harga
Bila                     = digunakan untuk menanyakan masa / waktu
Bagaimana  = digunakan untuk menanyakan cara / keadaan
Mana          = digunakan untuk menanyakan tempat / arah

Baca dialog di bawah dan fahamkan.

Contoh ayat
  1. Siapakah yang memetik bunga itu ?
  2. Apakah yang dilakukan oleh budak lelaki itu ?
  3. Mengapakah muka kamu merah ?
  4. Berapakah harga sekilogram gula ?
  5. Bilakah pasar raya itu akan dibuka ?
  6. Bagaimanakah cara membuat kek lapis ini ?
  7. Di manakah penulis surat itu tinggal ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan