Kata Sendi
- Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada dan ke dan kepada.
- Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu.
- Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Salah
1. Saya menunggu Ah Seng daripada pukul satu.
2. Saya menerima surat dari Mak Siti.
3. Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
4. Dia datang daripada Johor Bahru.
5. Meja ini dibuat dari kayu.
Betul
1. Saya menunggu Ah Seng dari pukul satu.
2. Saya menerima surat daripada Mak Siti.
3. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
4. Dia datang dari Johor Bahru.
5. Meja ini dibuat daripada kayu.
- Kata di digunakan untuk tempat sahaja.
- Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.
Salah
1. Dengan pendapat saya, kerja itu patut dibereskan.
2. Ibu menyapukan kaya dengan roti.
3. Beg itu ada dengan Mary.
4. Ali bermain bola pada belakang rumah.
1. Pada pendapat saya, kerja itu patut dibereskan.
2. Ibu menyapukan kaya pada roti.
3. Beg itu ada pada Mary.
4. Ali bermain bola di belakang rumah.
- Kata ke digunakan untuk tempat , masa, dan benda konkrit tak bernyawa.
- Kata kepada digunakan untuk benda bernyawa.
Salah
1. Hadiah itu diberikan ke Ahmad.
2. Ibu pergi kepada pasar setiap pagi.
Betul
1. Hadiah itu diberikan kepada Ahmad.
2. Ibu pergi ke pasar setiap pagi.
3. Siti mengirim surat kepada sahabatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan