Kesalahan Dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
Kata beliau, dia, ia, kami, kita dan mereka sering digunakan dengan salah.
1. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contohnya:
Salah
a) Ali ditangkap. Beliau mencuri barang.b) Kucing ini comel. Beliau suka makan ikan.
Betul
a) Ali ditangkap. Dia mencuri barang.b) Kucing ini comel. Kucing ini suka makan ikan.
2. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
Salah
a) Baju ini mahal. Ia diimport dari Jepun.b) Kucing ini sakit. Ia perlu dirawat.
Betul
a) Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Jepun.b) Kucing ini sakit. Kucing ini perlu dirawat.
3. Kata kami bererti" saya dengan dia". Orang yang diajak bercakap tidak disertakan.
Kata kita bererti "anda dengan saya" atau "anda dengan kami". Orang yang diajak bercakap disertakan.
Salah
a) "Kami mesti memenangi perlawanan ini," kata Lim kepada Sam.b) "Kita akan menebang pokok itu," kata Tay dan Ali kepada Pak Ahmand.
Betul
a) "Kita mesti memenangi perlawanan ini," kata Lim kepada Sam.b) "Kami akan menebang pokok itu," kata Tay dan Ali kepada Pak Ahmand.
4. Kata mereka pun tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
Salah
a) Peti ini berat. Mereka tidak terangkat oleh saya.b) Kambing-kambing itu ditambat. Mereka memasuki kebun orang.
Betul
a) Peti ini berat, tidak terangkat oleh saya.
b) Kambing-kambing itu ditambat kerana memasuki kebun orang.
5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
Salah
a) Kalau tidak dirawat dengan segera, mungkin ianya akan lumpuh.b) Kerbau ini mati kerana ianya diserang penyalit kuku dan mulut.
Betul
a) Kalau tidak dirawat dengan segera, mungkin ia / dia akan lumpuh.
b) Kerbau ini mati kerana diserang penyalit kuku dan mulut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan