Perayaan Kuih Bulan
Lebih kurang pada pertengahan
September setiap tahun, masyarakat Cina di Malaysia akan menyambut pesta Kuih
Bulan. Pesta itu dirayakan pada 15 bulan Ogos (Kalendar Imlek China), oleh
sebab tarikh tersebut bersamaan pada pertengahan musim gugur, maka ia dipanggil
“Zhongqiu”, maksudnya pertengahan musim gugur.
Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan
tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan perayaan tradisional orang Cina
seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berbeza, tetapi Pesta Kuih Bulan tetap
merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengutarakan perasaan akrab antara
anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa memohon restu dan nasib baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan