Menurut
dongengan, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit, cahaya
matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut
kering tersejat dan rakyat jelata menghadapi maut. Seorang
pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong Dinasti Xia bernama Hou Yi mempunyai
kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah berani memanah jatuh 9
buah matahari, rakyat jelata memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari
ancaman maut.
Permaisuri
Hou Yi bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi
memperolehi ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Permaisuri
Wangmuniangniang. Katanya orang yang makan ubat panjang umur itu akan segera
menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah
dengan permaisurinya, maka baginda tidak memakan ubat itu dan menyerahkan ubat
itu kepada permaisurinya Chang E untuk disimpan.
Perkara
ini ternampak oleh Peng Meng, pengikut Hou Yi. Semasa Hou Yi keluar, Peng Meng
pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang umur itu
kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, dia
terpaksa memakan ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E
terbang dari bumi ke bulan serta-merta.
Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang
sambil menangis telah memberitahu perkara itu kepada Hou Yi. Hou Yi yang sedih
menyeru permaisurinya di bulan. Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat
bulat, besar dan terang dan dapat nampak bayang permaisurinya yang bergerak di
bulan. Hou Yi bersembahyang untuk permaisurinya Chang E di bulan dengan
meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya.
Setelah
mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga
beramai-ramai bersembahyang dengan meletakkan pelbagai jenis makanan semoga
Chang E di bulan menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka.
Lama-kelamaan, menyembahyangkan bulan pada 15 hb, bulan Ogos (Kalendar imlek
Cina) telah menjadi adat-resam rakyat China dan menjadi Pesta Kuih Bulan orang
Cina seluruh dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan